Visitors

Saturday 10 July 2010

LAPORAN MALAM UKHUWAH QUASAR (AGM)

NAMA PROGRAM : MALAM UKHUWAH QUASAR

TARIKH : 21 JANUARI 2010

TEMPAT : LT 1

TARIKH LAPORAN : 26 JANUARI 2010

ANJURAN : QUANTITATIVE ASSOCIATION


OBJEKTIF:


Objektif program ini diadakan ialah:

• Mengeratkan silaturrahim di antara exco QUASAR, pelajar Diploma Sains Kuantitatif dengan pensyarah dan penasihat.

• Membentangkan aktiviti-aktiviti semester Disember 2009 – Mei 2010

• Mengumpulkan semua pelajar Diploma Sains Kuantitatif di dalam satu program.

• Memberi peluang kepada ahli-ahli QUASAR untuk menyuarakan pandangan mereka.


PELAKSANAAN:


Program ini dijalankan pada 21 Januari 2010 bertempat di LT 1. Penglibatan terdiri daripada seluruh barisan pimpinan exco-exco QUASAR Sesi 2009/ 2010,Pemangku Pengarah, PM Hj. Yusri bin Ismail, Pn. Azizah binti Aris selaku Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan Industri, Koordinator Program, PM Hjh. Nosiah binti Khalil, Penasihat QUASAR, Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak dan Cik Syadatul Syaeda binti Mat Saleh serta semua pelajar DQS. Majlis dimulakan pada pukul 9.00 malam dengan ucapan alu-aluan oleh saudari pengacara majlis dan diikuti bacaan doa oleh saudara Mohd. Haikal. Selepas itu, ucapan alu-aluan oleh Yang diPertua QUASAR, saudara Mahfuz bin Ahmad. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang sudi hadir. Beliau turut mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester 1 yang berjaya mendapat program Diploma Sains Kuantitatif.

Pada pukul 9.15 malam, ucapan alu-aluan daripada penasihat QUASAR, Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak. Beliau menasihatkan pelajar agar sentiasa menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh QUASAR sambil memberitahu bahawa aktiviti terdekat adalah 'Semarak Ukhuwah Quasar'. Beliau berharap agar pelajar sentiasa menepati masa yang ditetapkan. Selain itu, beliau memberitahu bahawa semester ini akan diadakan pemilihan exco baru dan berharap agar pelajar yang berkebolehan untuk menyertai pemilihan tersebut.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Koordinator Program Diploma Sains Kuantitatif, PM Hjh. Nosiah binti Khalil. Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester Julai 2009 – November 2009. Beliau berharap agar aktiviti Quasar sentiasa mendapat sambutan oleh ahli-ahlinya. Beliau mengingatkan agar para pelajar sama-sama dapat mengundi calon-calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh pelajar Sains Kuantitatif. Pada pukul 9.30 malam, persembahan multimedia berkaitan pengenalan penasihat, exco-exco dan aktiviti semester yang lepas. Seterusnya, pembentangan tentang yuran dan aktiviti-aktiviti semester ini. Pada pukul 10.00 malam, sesi komen dan cadangan daripada ahli-ahli Quasar. Kemudian VIP dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis bersurai pada pukul 10.15 malam.


TENTATIF:

8.30 malam : Ketibaan Pelajar

9.00 malam : Ketibaan VIP (Pemangku Pengarah, Timbalan Pengarah, Koordinator Program, Penasihat)

9.05 malam : Bacaan doa

9.10 malam : Ucapan alu-aluan daripada YDP Quasar (Mahfuz bin Ahmad)

9.15 malam : Ucapan alu-aluan daripada penasihat (Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak)

9.20 malam : Ucapan Koordinator Program (PM Hjh. Nosiah binti Khalil)

9.30 malam : Persembahan multimedia

9.45 malam : Pembentangan aktiviti sem hadapan, Belanjawan Quasar dan T-shirt Quasar

10.00 malam : Komen dan cadangan daripada ahli Quasar

10.10 malam : Tetamu kehormat dijemput makan

10.15 malam : Bersurai


LAPORAN KEWANGAN :

BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN :


1. Makanan pelajar (RM 1.50 X 180) + (RM 1.80 X 20) RM 306

2. Makanan VIP RM 3.00 X 15 RM 45


Jumlah RM 351


GAMBAR AKTIVITI :

Ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua Quasar, Mahfuz bin Ahmad.


Ucapan alu-aluan daripada Penasihat Quasar, Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak.


Ucapan alu-aluan daripada Koordinator Program, PM Hjh. Nosiah binti Khalil.


Antara pelajar yang hadir pada Malam Ukhuwah Quasar.


Disediakan oleh,

(NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI)

Setiausaha Agong I,

QUASAR,

Universiti Teknologi Mara, Johor

No comments:

Post a Comment