Visitors

Thursday 29 July 2010

TERIMA KASIH

Salam…


Akhirnya telah selesai 2 program yang telah dirancang oleh exco QUASAR untuk sesi ini. Kami sangat berterima kasih kepada semua warga Diploma Sains Kuantitatif yang member sokongan kepada kami. Tanpa anda, siapalah kami.

Program yang pertama ialah TAUTAN MESRA QUASAR dimana program ini merupakan Induksi Pelajar Semester 1 dan 2 dimana program ini banyak member pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kewujudan dan organisasi Quantitative Association yang lebih dikenali dengan QUASAR. Kehadiran mereka sangat memberansangkan, hampir 98% pelajar yang menghadirinya. Program ini berlansung selama 2 hari. Mereka sangat berpuas hati dengan program ini secara keseluruhannya.



Program yang kedua ialah SALAM MESRA QUASAR lebih dikenali dengan nama AGM (Annual General Meeting). Dilansungkan di Dewan Sri Peria, pertama kalinya dalam sejarah QUASAR, AGM dijalankan di DSP. Secara amnya, AGM di DSP sangat memberi impak yang berbeza kepada kami, para Exco dan pelajar DQS yang sudah biasa dengan suasana AGM di LT. Namun begitu, AGM dapat berlansung dengan lancarnya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada para jemputan yang sudi menghadirkan diri, PM Yusri, PM Nosiah, Puan Diana, Miss Nurul, Miss Syeda, Miss Syasya, Saudara Fikri dan Saudara Fitri. Tidak lupa kepada mantan exco, Nurliyana dan Mohd Syafiq dan berbanyak TERIMA KASIH kepada SELURUH WARGA DQS yang telah hadir.


Mungkin dalam pengendalian program-program ada yang terkurang, kami pihak exco sesi 2010/2011 memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang berkenaan. Sesungguhnya kami hanyalah manusia biasa yang tidak sempurna, InsyaAllah kami akan perbaiki dari masa ke semasa supaya QUASAR akan terus maju secara tidak lansung menjadi persatuan akademik yang cemerlang.

-Setiausaha 1 QUASAR-

Wednesday 14 July 2010

Selamat Datang

Rasanya belum terlewat untuk kami, warga QUASAR mengucapkan SELAMAT DATANG DAN SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN kepada pelajar-pelajar Semester 1 Sesi Julai-Disember 2010. Diharapkan adik-adik dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di UiTM Segamat ini. Kehadiran kalian semua amat kami alu-alukan dalam QUASAR memandangkan QUASAR adalah salah satu persatuan Akademik yang mempunyai komuniti yang kecil.

Oleh yang demikian, bagi mengeratkan silaturrahim antara pelajar semester 1 dengan pelajar semester yang lain, kami telah menetapkan satu program iaitu:

TAUTAN MESRA QUASAR

24 & 25 Julai 2010

Diwajibkan kepada PELAJAR SEMESTER 1 & 2

Sebarang pertanyaan bolehleh menghubungi AZIM SHAH (012-2443625) atau HAZWAN (017-2909505). Sekian, terima kasih.

Saturday 10 July 2010

LAPORAN SEMARAK UKHWAH QUASAR

TARIKH :19 & 21 MAC 2010

TEMPAT :PADANG RAGBI

TARIKH LAPORAN:26 MAC 2010

ANJURAN :QUANTITATIVE ASSOCIATION


1.0 PENGENALAN

Program Semarak Ukhwah Quasar ini julung kali diadakan bagi tahun ini. Semoga program ini dapat menerapkan nilai murni di samping mengukuhkan ukhwah dikalangan ahli Quantitative Association.

Program ini dirangka bertujuan untuk mencapai objektif yang berikut:-

• Menjalinkan ikatan yang lebih erat antara Exco Quantitative Association dan warga Quantitative Association serta penasihatnya.

• Mengumpulkan semua pelajar Diploma Sains Kuantitatif di dalam satu majlis.


2.0 PELAKSANAAN:

Program ini dijalankan pada 19 dan 21 Mac 2010. Pada 19 Mac, bertempat di gelanggang futsal dan gelanggang bola jaring telah berlansung perlawanan futsal dan bola jaring. Perlawanan futsal telah disertai oleh lima kumpulan, manakala empat pasukan bagi perlawanan bola jaring. Perlawanan telah dijalankan menggunakan sistem kalah mati. Perlawanan telah berlansung tanpa sebarang masalah dan kecederaan.Puan Nur Diana dan beberapa orang pensyarah telah hadir bagi memeriahkan program. Bagi perlawanan futsal telah dimenangi oleh kumpulan EXCO dan bola jaring dimenangi oleh kumpulan CERIA.

Program ini diteruskan lagi pada 21 Mac. Selepas sesi pendaftaran pelajar dikehendaki melakukan senaman pagi bersama exco. Sebelum pelajar dipecahkan mengikut kumpulan, mereka telah bersarapan. LDK di lakukan selepas sarapan, dimana kesemua LDK dijalankan secara berterusan sehingga selesai. Semasa sesi LDK tersebut, setiap kumpulan dinilai untuk diberi markah dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh penasihat dan pensyarah yang telah hadir seperti Cik Nurul Zulaiha bt. Suhadak, Cik Syadatul Syaeda dan Puan Nora. Kesemua pelajar bersurai selepas pukul 12.30 tengahhari.


3.0 TENTATIF


19 MAC 2010 - JUMAAT

5.00 petang – 5.30 petang : Ketibaan Pelajar dan Pendaftaran

5.30 petang – 7.00 malam : Perlawanan Futsal dan Bola Jaring antara kumpulan


21 MAC 2010 - AHAD

8.00 pagi – 8.30 pagi :Pendaftaran Pelajar

8.30 pagi – 9.00pagi : Senaman pagi

9.00 pagi – 9.30 pagi : Minum pagi

9.30 pagi – 10.00 pagi : Pembahagian Kumpulan

10.00 pagi – 10.30 pagi : LDK 1

10.30 pagi – 11.00 pagi : LDK 2

11.00 pagi – 11.30 pagi : LDK 3

11.30 pagi – 12.00 tghhari : LDK 4

12.00 tghhari – 12.30 tghhari : Majlis Penyampaian Hadiah

12.30 tghhari – 1.00 petang : Bersurai


4.0 LAPORAN KEWANGAN

Anggaran Perbelanjaan

1)Makanan

a. VIP RM 5.00 x 10 RM 50.00

b. Pelajar RM 4.00 x 220 RM 880.00

c. Sarapan pagi RM1.50 x 15 RM22.50


2)Hadiah

a.Hamper RM 19.00 x 18 RM342.00


3)Alatan

a.Warna Air RM 12.00 x 2 RM24.00

b.Pembalut hadiah RM 1.50 x 20 RM20.00

c.Kertas Mahjung RM 0.50 x 30 RM 15.00

d.Pen Marker RM 1.50 x 15 RM 22.50

e.Kertas A4 RM 9.0 x 1 RM 9.00

f.Reben RM 4.00 x 10 RM 40.00

g.Manila Kad RM 0.50 x 5 RM 2.50

JUMLAH : RM 1427.00


5.0 MAKLUMBALAS PESERTA

Daripada maklumbalas yang diperolehi daripada para pelajar, secara keseluruhannya mereka berpuas hati dengan program 'Semarak Ukhwah Quasar'


6.0 GAMBAR AKTIVITI

Perlawanan Futsal Antara Pelajar


Senaman pagi yang turut dihadiri oleh pensyarah FSKM


Majlis penutup yang disempurnakan oleh Miss Nurul Zulaiha selaku Penasihat Quasar

Kegembiraan Pelajar DQS selepas semua aktiviti selesai


7.0 PENUTUP

Program seumpama ini wajar diadakan pada setiap semester akan datang kerana mampu untuk mencapai objektif yang disasarkan. Selain itu, penambahbaikan terhadap pelaksanaan aktiviti juga perlu seperti memastikan sistem suara dapat berfungsi dengan baik.


Disediakan oleh,

(NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI)

Setiausaha Agong I,

QUASAR,

Universiti Teknologi Mara, Johor


LAPORAN MALAM UKHUWAH QUASAR (AGM)

NAMA PROGRAM : MALAM UKHUWAH QUASAR

TARIKH : 21 JANUARI 2010

TEMPAT : LT 1

TARIKH LAPORAN : 26 JANUARI 2010

ANJURAN : QUANTITATIVE ASSOCIATION


OBJEKTIF:


Objektif program ini diadakan ialah:

• Mengeratkan silaturrahim di antara exco QUASAR, pelajar Diploma Sains Kuantitatif dengan pensyarah dan penasihat.

• Membentangkan aktiviti-aktiviti semester Disember 2009 – Mei 2010

• Mengumpulkan semua pelajar Diploma Sains Kuantitatif di dalam satu program.

• Memberi peluang kepada ahli-ahli QUASAR untuk menyuarakan pandangan mereka.


PELAKSANAAN:


Program ini dijalankan pada 21 Januari 2010 bertempat di LT 1. Penglibatan terdiri daripada seluruh barisan pimpinan exco-exco QUASAR Sesi 2009/ 2010,Pemangku Pengarah, PM Hj. Yusri bin Ismail, Pn. Azizah binti Aris selaku Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan Industri, Koordinator Program, PM Hjh. Nosiah binti Khalil, Penasihat QUASAR, Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak dan Cik Syadatul Syaeda binti Mat Saleh serta semua pelajar DQS. Majlis dimulakan pada pukul 9.00 malam dengan ucapan alu-aluan oleh saudari pengacara majlis dan diikuti bacaan doa oleh saudara Mohd. Haikal. Selepas itu, ucapan alu-aluan oleh Yang diPertua QUASAR, saudara Mahfuz bin Ahmad. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang sudi hadir. Beliau turut mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester 1 yang berjaya mendapat program Diploma Sains Kuantitatif.

Pada pukul 9.15 malam, ucapan alu-aluan daripada penasihat QUASAR, Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak. Beliau menasihatkan pelajar agar sentiasa menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh QUASAR sambil memberitahu bahawa aktiviti terdekat adalah 'Semarak Ukhuwah Quasar'. Beliau berharap agar pelajar sentiasa menepati masa yang ditetapkan. Selain itu, beliau memberitahu bahawa semester ini akan diadakan pemilihan exco baru dan berharap agar pelajar yang berkebolehan untuk menyertai pemilihan tersebut.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Koordinator Program Diploma Sains Kuantitatif, PM Hjh. Nosiah binti Khalil. Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat Anugerah Dekan pada semester Julai 2009 – November 2009. Beliau berharap agar aktiviti Quasar sentiasa mendapat sambutan oleh ahli-ahlinya. Beliau mengingatkan agar para pelajar sama-sama dapat mengundi calon-calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili oleh pelajar Sains Kuantitatif. Pada pukul 9.30 malam, persembahan multimedia berkaitan pengenalan penasihat, exco-exco dan aktiviti semester yang lepas. Seterusnya, pembentangan tentang yuran dan aktiviti-aktiviti semester ini. Pada pukul 10.00 malam, sesi komen dan cadangan daripada ahli-ahli Quasar. Kemudian VIP dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis bersurai pada pukul 10.15 malam.


TENTATIF:

8.30 malam : Ketibaan Pelajar

9.00 malam : Ketibaan VIP (Pemangku Pengarah, Timbalan Pengarah, Koordinator Program, Penasihat)

9.05 malam : Bacaan doa

9.10 malam : Ucapan alu-aluan daripada YDP Quasar (Mahfuz bin Ahmad)

9.15 malam : Ucapan alu-aluan daripada penasihat (Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak)

9.20 malam : Ucapan Koordinator Program (PM Hjh. Nosiah binti Khalil)

9.30 malam : Persembahan multimedia

9.45 malam : Pembentangan aktiviti sem hadapan, Belanjawan Quasar dan T-shirt Quasar

10.00 malam : Komen dan cadangan daripada ahli Quasar

10.10 malam : Tetamu kehormat dijemput makan

10.15 malam : Bersurai


LAPORAN KEWANGAN :

BUTIR-BUTIR PERBELANJAAN :


1. Makanan pelajar (RM 1.50 X 180) + (RM 1.80 X 20) RM 306

2. Makanan VIP RM 3.00 X 15 RM 45


Jumlah RM 351


GAMBAR AKTIVITI :

Ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua Quasar, Mahfuz bin Ahmad.


Ucapan alu-aluan daripada Penasihat Quasar, Cik Nurul Zulaiha binti Suhadak.


Ucapan alu-aluan daripada Koordinator Program, PM Hjh. Nosiah binti Khalil.


Antara pelajar yang hadir pada Malam Ukhuwah Quasar.


Disediakan oleh,

(NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI)

Setiausaha Agong I,

QUASAR,

Universiti Teknologi Mara, Johor