Monday, 29 March 2010

Peringatan...

Jangan lupa untuk membuat pendaftaran kursus anda. Lakukan segera sebelum timbulnya masalah di kemudian hari.

Saturday, 27 March 2010

LAPORAN MASQUERADE NIGHT FT. BLACK AND WHITE

TARIKH : 14 MAC 2010

TEMPAT : DEWAN SRI TEMENGGONG

TARIKH LAPORAN : 18 MAC 2010

ANJURAN : QUANTITATIVE ASSOCIATION



1.0 PENGENALAN

Jamuan makan malam sering diadakan oleh mana-mana persatuan atau kelab di universiti ini. Oleh itu, persatuan Quantitative Association juga tidak turut ketinggalan dalam menganjurkan majlis makan malam ini. Program ini merupakan aktiviti tahunan bagi persatuan kami. Selain itu, program ini merupakan salah satu medium untuk menghargai jasa exco-exco disamping meraikan pelajar-pelajar semester 6 yang bakal menamatkan pengajian mereka kelak. Semoga program ini dapat menerapkan nilai-nilai murni di samping mengukuhkan ukhwah sesama ahli Quantitative Association.


Objektif program ini diadakan ialah:


    • Mengumpulkan semua pelajar Diploma Sains Kuantitatif di dalam satu majlis.
    • Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara seluruh warga Quantitative Association serta pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik.
    • Menghargai jasa exco-exco yang telah menyumbang khidmat selama dua semester.
    • Meraikan pelajar semester 6 yang bakal menamatkan pengajian.
    • Mewujudkan semangat perpaduan di kalangan ahli-ahli Quasar.

2.0 PELAKSANAAN:

Program ini dijalankan pada 14 Mac 2010 bertempat di Dewan Sri Temenggong. Penglibatan terdiri daripada seluruh barisan pimpinan exco-exco QUASAR Sesi 2009/ 2010 dan exco-exco baru sesi 2010/2011, adhoc-adhoc serta semua pelajar dan pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Ketibaan pelajar pada pukul 8.30 malam diikuti ketibaan pensyarah dan VIP pada pukul 9.00 malam. Majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan iaitu tarian oleh para pelajar semester 6 . Seterusnya, bacaan doa pembukaan oleh saudara Mohd. Haikal diikuti oleh ucapan daripada YDP Quasar, Mahfuz bin Ahmad. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada penasihat Quasar iaitu Puan Nur Diana binti Zamani. Beliau berharap agar program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli Quantitative Association dan juga pensyarah.



Pada pukul 9.35 malam, ucapan daripada Koordinator Program Diploma Sains Kuantitatif iaitu Prof. Madya Hjh. Nosiah binti Hj. Khalil dimana beliau merupakan Koorditor Program yang terakhir kerana jawatan tersebut akan dimansuhkan. Kemudian, ucapan daripada Prof. Madya Hj. Yusri bin Ismail selaku Pemangku Pengarah UiTM Johor. Beliau mengucapkan tahniah kepada exco-exco Quasar kerana dapat mengadakan majlis makan malam “Masquerade Night ft. Black and White” dan berharap para pelajar dapat memberi sokongan dalam setiap aktiviti Quasar.



Pada pukul 9.45 malam, bacaan doa makan dan para hadirin dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan. Cabutan bertuah 1 diadakan diikuti persembahan multimedia pada pukul 10.05 malam. Selepas itu, penyampaian sijil penghargaan exco sesi 09/10 dan penyerahan wartikah exco sesi 10/11. Pada pukul 10.35 malam, cabutan bertuah 2 diikuti persembahan lakonan oleh pelajar semester 1. Kemudian, penyampaian sijil Anugerah Dekan semester Julai 2009- November 2009 diikuti cabutan bertuah 3. Pada pukul 11.15 malam, penyampaian anugerah siswa dan siswi cemerlang diikuti prince and princess of the night. Majlis diakhiri dengan persembahan daripada para pelajar semester 5 dan 6 diikuti sedikit kejutan sebagai tanda menghargai jasa Koordinator Program iaitu Prof. Madya Hjh. Nosiah binti Hj. Khalil. Majlis bersurai pada pukul 11.55 malam.


3.0 TENTATIF

8.30 malam – Ketibaan pelajar

9.00 malam – Ketibaan VIP (Pemangku Pengarah, Koordinator Program, Penasihat, Pensyarah)

9.10 malam – Persembahan pembukaan

9.20 malam - Bacaan doa

9.25 malam – Ucapan YDP QUASAR (Mahfuz bin Ahmad)

9.30 malam – Ucapan penasihat QUASAR (Pn. Nur Diana binti Zamani)

9.35 malam – Ucapan Koordinator Program (PM Hjh. Nosiah binti Hj. Khalil)

9.40 malam – Ucapan tetamu kehormat (PM Hj. Yusri bin Ismail)

9.45 malam – Bacaan doa makan dan makan

9.55 malam – Cabutan bertuah 1

10.05 malam – Persembahan multimedia

10.15 malam – Penyampaian sijil penghargaan exco sesi 09/10

10.20 malam - Penyerahan Watikah Exco Sesi 10/11

10.35 malam - Cabutan Bertuah 2

10.45 malam – Persembahan pentas

10.55 malam – Penyampaian sijil Anugerah Dekan

11.10 malam – Cabutan bertuah 3

11.15 malam – Siswa dan siswi cemerlang

11.25 malam – Prince and Princess of The Night

11.30 malam – Persembahan pelajar semester 5 dan 6 serta penghargaan untuk Koordinator Program

11.55 malam - Bersurai

4.0 LAPORAN KEWANGAN


Anggaran Perbelanjaan

Makanan

a. VIP RM 10 x 40 RM 400.00

b. Pelajar RM 7.30 x 216 RM 1576.80

c. Desert (pelajar) RM 0.70 x 216 RM 151.20

d.Tambahan air RM 4.00 x 4 RM 16.00


Hadiah


Kecemerlangan akademik

i. Siswa cemerlang RM 20 x 1 RM 20.00

ii. Siswi cemerlang RM 20 x 1 RM 20.00

iii.Anugerah Dekan RM 1 x 58 RM 58.00


Cenderahati

i. VIP RM 40 x 1 RM 40.00

ii. Pelajar RM 0.47 x 300 RM 141.00

iii.Pelajar Part 5 & 6 RM 2 x 72 RM 144.00

iv.Plak & sijil exco RM 10 x 13 RM 130.00

Lain-lain

i. Prince and princess RM 2.50 x 2 RM 5.00

ii. Cabutan bertuah RM 5 x 10 RM 50.00

Publisiti

a. Flyers RM 0.20 x 300 RM 60.00

b. Kertas warna (oren) RM 20.00 x 1 rim RM 20.00

c. Gambar dan laporan RM 10.00 x 1 RM 10.00


Lain-lain

a. Tempahan tiket RM 0.25 x 300 RM 75.00

b. Belon RM 0.26 x 300 RM 78.00


JUMLAH: RM 2995


Implikasi Kewangan

Perbelanjaan RM 2995.00

Pendapatan


a) Jualan tiket (RM 10 x 192) RM 1920.00

b) Sumbangan VIP RM 185.00

c) Tabung Amanah Pelajar RM 458.00

d) Duit Individu RM 432.00


JUMLAH RM 2995.00

5.0 MAKLUMBALAS PESERTA

Daripada maklumbalas yang diperolehi daripada para pelajar, secara keseluruhannya mereka berpuas hati

dengan program ‘Masquerade Night ft. Black and White’ ini.


6.0 GAMBAR AKTIVITI




Penyampaian Anugerah Siswa Cemerlang oleh PM Hj. Yusri b. Ismail




Ucapan alu-aluan penasihat Quasar, Pn Nur Diana binti Zamani



Antara VIP yang hadir pada majlis tersebut iaitu PM Yusri, PM Nosiah, Pn Azizah dan Pn. Nur Diana

7.0 PENUTUP

Majlis seumpama ini wajar diadakan kerana ia dilihat mampu untuk mencapai objektif yang disasarkan. Selain itu,penambahbaikan terhadap pelaksanaan majlis juga perlu seperti memastikan sistem suara dapat berfungsi denganbaik dan bahagian protokol dapat dijalankan dengan sempurna.


Disediakan oleh,



NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLI

Setiausaha Agong 1
QUASAR
Universiti Teknologi Mara, Johor

Persediaan Bergelar Mahasiswa

  1. Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar
  2. Perlu mempersiapkan diri melalui prosese sosialisasi dalam kampus
  3. Perlu bersedia memperlajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa Inggeris semua rujukan di universiti dalam bahasa Inggeris
  4. Mesti mempersiapkan diri lima tahun akan datang bermula dari semesta pertama dengan kemahiran yang di perlukan oleh bakal majikan
  5. Bersifat holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula Jeri (jasmani, emosi, rohani dan intelektual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk di bilik kuliah sebaliknya melibatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat
  6. Bagi pelajar yang gagal mendapatkan kursus yang di pohon, pastikan keputusan itu adalah yang terbaik. Tidak kira kursus apa sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana di luar lebih ramai yang gagal ke menara gading.

Apa Yang Perlu Pelajar Tahu Ketika Melangkah Ke Menara Gading?
  1. matlamat yang jelas
  2. cemerlangan akademik
  3. cemerlang sahsiah
  4. cemerlang ketrampilan diri
  5. memiliki tujuh kemahiran insaniah
  • komunikasi
  • kepimpinan
  • pemikiran kritis
  • kerja berkumpulan
  • nilai dan etika
  • pembelajaran sepanjang hayat
  • keusahawanan

Persediaan Sebagai Pelajar Seimbang

Pelajar yang seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam 2 aspek yang utama:-

Akademik

Mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata Nilai Gred Terkumpul(PNGK) 4.0 digunakan. pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan keatas di anggap cemerlang.

Kokurikulum

1) melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum
2) aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar