Visitors

Friday 9 December 2011

SALAM 1 QUASAR


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana di beri peluang dan ruang kepada saya untuk meneruskan perkhidmatan saya sebagai Presiden Persatuan Quantitative Assosiation (Quasar ), Universiti Teknologi Mara cawangan Johor (Segamat) pada semester ini.

Selamat kembali menuntut ilmu di UiTM saya ucapkan pada quasarian sekalian. Sempena lembaran baru ini, saya menyeru pada diri saya sendiri dan kalian marilah kita bersama-sama menanam azam agar menjadi individu yang lebih maju daripada yang sebelumnya.

Menjadi graduan yang berkualiti serta dapat mengatasi daya saing yang tinggi bagi memenuhi kehendak industri semasa sememangnya keinginan bagi penuntut pengajian tingi. Sejajar dengan visi penubuhan Quasar, iaitu melahirkan mahasiswa mahasiswi yang berdaya saing, produktif dan kreatif serta mampu menyumbang idea dan tenaga di dalam bidang berkaitan Sains dan Matematik di Malaysia, kami barisan exco akan mencuba sedaya upaya dalam membantu agar visi ini tercapai hendaknya. Namun begitu, usaha ini perlu digerakkan oleh kedua-dua belah pihak, bagi memastikan ianya tercapai.

Justeru itu, di sini saya mengharapkan agar setiap warga Quasar terutama bagi barisan exco agar sama-sama mendokong visi, misi dan objektif yang digariskan di dalam perlembangaan Quantitative Association.

Terdapat beberapa program anjuran Quasar telah dirancang oleh barisan exco pada semester ini. Saya berharap quasarian sekalian dapat menghadirkan diri ke program yang akan dilangsungkan bagi menjayakan dan menyemarakkan lagi program tersebut. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar perjalanan kesemua program anjuran Quasar akan berlangsung dengan sempurna, berjaya dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Disamping itu, saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua di atas segala komitmen, pengorbanan dan kerja keras yang telah dicurahkan bagi menjayakan perjalanan dan urusan Quasar .

Adalah diharapkan agar portal ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan semoga maklumat yang dipaparkan dapat memberi penerangan yang berkesan kepada mahasiswa mahasiswi sekalian.


Wassalam....


MUHAMAD HADRI ARIF BIN AZMI

Presiden Quasar sesi 2011/2012

Universiti Teknologi Mara

Segamat, Johor.

1 comment: