Visitors

Monday, 13 June 2011

JOM!!Design Tshirt Quasar

Assalammualaikum..

Quasarian dijemput untuk mengeluarkan idea kreatif anda dalam menghasilkan serta mencorakkan tshirt Quasar untuk semester ini. Luahan idea dari pihak kalian amat diperlukan dalam menghasilkan design yang diminati ramai.

Setiap design boleh dihantar untuk dibuat undian, design baju yang terpilih untuk dijadikan tshirt Quasar pada semester ini..Ayuh! jangan tunggu lagi..design sekarang..Habuan akan diberikan kepada mereka yg designnya terpilih..

Tema Warna : PUTIH | OREN | HITAM
Logo Quasar adalah wajib.. (gambar ada dlm ruangan about me)

* sila hantar kan hasil karya anda kepada
FREEHAWK_ARIF@YAHOO.COM

Welcome New Semester!

Assalammualaikum..

Semester baru mula menjengahkan diri. Sedar tak sedar dah 3 minggu kita berada di UiTM Segamat tercinta ini demi untuk menuntut ilmu berguna. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya..

Rasanya belum terlambat untuk kami dari pihak Quasar mengucapkan SELAMAT KEMBALI kepada warga Quasar. Tidak lupa juga SELAMAT DATANG & TAHNIAH kepada pelajar part 1 yang baru saja merasa kehidupan sebenar di kampus. Semoga kalian dapat menyesuaikan diri dengan jayanya. Jangan segan silu untuk minta pertolongan dari senior ye!

Akhir sekali, setialah bersama QUASAR kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk warga Quasar. Nanti kan aktiviti yang akan dijalankan..

Terima Kasih.. =)

Friday, 21 January 2011

WELCOME!!!


Hai semua! Rasanya tidak terlewat untuk kami, barisan admin QUASAR mengucapkan SELAMAT DATANG kepada PELAJAR SEMESTER 1 SESI DEC 2010-MEI 2011 dan SELAMAT KEMBALI kepada quasarian yang lain. Untuk makluman semua, adik part 1 kita pada semester ini hanya 16 orang sahaja, diharapkan quasarian pada semester ini akan lebih maju dalam bidang akademik. Sokongan anda semua pada semester ini amat kami alukan bagi memajukan lagi persatuan ini supaya dapat bersaing dengan persatuan lain pada masa akan datang.

Friday, 14 January 2011

Laporan Salam Mesra Quasar

Tarikh : 28 Julai 2010
Tempat : Dewan Sri Peria (DSP)
Anjuran : Quantitative Association (QUASAR)

PENGENALAN

AGM ini diadakan pada setiap semester bagi mendedahkan dengan lebih dekat semua ahli jawatankuasa persatuan kepada ahli-ahli yang baru. AGM juga diadakan untuk membincangkan masalah-masalah yang mungkin timbul antara ahli-ahli persatuan dan berkongsi pengalaman aktiviti yang telah dijalankan.

OBJEKTIF
  1. Memberi pengenalan QUASAR kepada pelajar Diploma Sains Kuantitatif dengan lebih dekat.
  2. Memberi pendedahan kepada ahli-ahli tentang perancangan aktiviti pada masa hadapan.
  3. Memperkenalkan barisan exco kepada pelajar DQS
  4. Meningkatkan silaturahim antara ahli-ahli persatuan.
STRUKTUR JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Penasihat
Puan Nurdiana Binti Zamani
Cik Nurulzulaiha Binti Suhadak
Cik syadatul Syaeda Binti Mat Saleh

Presiden
Muhammad Hazwan Bin Hairuddin

Naib Presiden
Ainaliana Binti Ying

Ketua Projek
Nurul Assyiqin Binti Osman

Penolong Ketua Projek
Nadia Binti Ibrahim

Setiausaha
Nur Afiqah Binti Zulkifli

Bendahari
Muhammad Nabil Bin Md Noh

AJK Multimedia
Muhammad Shahril Bin Mohamed Zaidi Ong
Mohamed Arif Bin Ahmad

AJK Publisiti
Muhammad Hazeem Shah Bin Mohd Saim

AJK Pendaftaran
Muhammad Nabil Bin Md Noh
Nur Afiqah Binti Zulkifli

AJK Makanan
Ainaliana Binti Ying
Maizatul Noraini Binti Mohamad Isa

AJK Logistik
Mohd Syarifuddin Bin Mohd Saridi
Muhamad Hadri Arif Bin Azmi

AJK Protokol
Siti Solehah Binti Tenah

MODUS OPERANDI


Tarikh : 28 Julai 2010
Tempat : Dewan Sri Peria (DSP)
Masa : 9.00 Malam - 10.30 Malam
Peserta : Pelajar Diploma Sains Kuantitatif

MINIT MESYUARAT
9.00 Malam
Kedatangan dan pendaftaran pelajar DQS
9.20 Malam
Ketibaan VIP (Penasihat, Mantan Penasihat, Pensyarah)
9.25 Malam
Bacaan Doa Majlis
9.30 Malam
Ucapan Presiden Quasar
  1. Kata-kata aluan kepada PM Yusri selaku mantan penasihat Quasar yang sentiasa memberi sokongan kepada Quasar
  2. Berharap semua ahli memberi sokongan kepada persatuan dengan mengikuti aktiviti persatuan
  3. Ucapan tahniah kepada pelajar semester 1 ynag telah menjadi ahli Quasar yang baru
  4. Harapan kepada barisan exco supaya dapat bekerjasama bagi memajukan Quasar
9.35 Malam
Ucapan Penasihat Quasar (Cik Syadatul Syaeda Binti Mat Saleh)
Membincangkan tentang yuran kepada pelajar dengan harapan kutipan yuran pada semester ini memberansangkan berbanding semester lepas
  1. Berharap ahli-ahli Quasar dapat meyertai semua program yang telah dirancangkan pada semester ini
  2. Berharap ukhuwah antara pelajar, exco dan pensyarah DQS akan lebih erat antara satu sama lain
9.40 Malam
Persembahan Multimedia
  1. Memperkenalkan barisan Exco Quasar Sesi Julai 10/Mei 11
  2. Aktiviti Semester Lepas
9.55 Malam
VIP dipersilakan makan
10.00 Malam
Perbentangan aktiviti semester ini


  1. Malam Kemuncak Amal Dan Majlis Berbuka Puasa
  2. Program Khidmat Masyarakat
10.05 Malam
Perbentangan Yuran, Design Baju t-shirt, Blog dan Facebook
10.15 Malam
Sesi Soal Jawab mengenai hal-hal berbangkit daripada ahli-ahli
10.30 Malam
Majlis Bersurai


PENUTUP
Alhamdulillah majlis ini berjaya dijalankan dan mencapai objekti yang sebenar. Majlis ini juga telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua pihak dan dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit dalam persatuan. Oleh itu, majlis seperti ini akan diadakan pada masa akan datang demi memantapkan cara pengurusan persatuan ini. Semoga persatuan ini akan disegani pada masa akan datang.


DISEDIAKAN OLEH
Nur Afiqah Binti Zulkifli
Setiausaha 1

Monday, 9 August 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



KEBERKATAN SAHUR


Berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a., Baginda bersabda: Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat.


Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, Baginda sedang bersahur lalu bersabda: Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya.


``Sahur ialah makan selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa pada bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain.


``Bagaimanapun, waktu yang sesuai ialah selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu imsak, iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh,'' jelas Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadot.


Tambah beliau, imsak bererti menahan diri daripada makan dan minum, bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Waktu imsak adalah kira-kira 10 minit terakhir sebelum masuk waktu Subuh, iaitu bersamaan dengan bacaan 50 ayat al-Quran.


Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata: ``Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya:


``Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya?'' Zaid menjawab: ``Kadar membaca lima puluh ayat.''


``Namun, seseorang yang makan dalam waktu imsak perlu berhati-hati dan tidak melebihi waktu terbit fajar kerana ia bertujuan sebagai peringatan kepada orang yang bersahur,'' katanya.


Beliau menjelaskan, tidak ada syarat-syarat tertentu untuk bersahur, seperti tidur dahulu dan kemudian bangun untuk bersahur. Begitu juga bersahur sekadar meminum air dan buah kurma. Memadailah jika mendapat berkat daripada amalan bersahur.


Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagai mana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma). (Hadis riwayat Abu daud)


Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar (kurma). Baginda bersabda lagi yang bermaksud: Allah merahmati orang-orang yang bersahur.


``Bagaimanapun, sebagai bekalan tenaga sepanjang hari, disarankan bersahur dengan makanan yang berkhasiat dan berzat supaya dapat menahan diri daripada kelaparan dan mendapat kekuatan,'' jelas beliau lagi.


Hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari.


Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa. Firman Allah s.w.t. dalam surah az-Zariyat, ayat 18, maksudnya: Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun.


``Bangun awal pagi untuk bersahur juga memberi peluang untuk melakukan amal ibadat seperti berwuduk, berzikir, membaca al-Quran dan menunaikan sunat tahajud dan sunat witir bagi yang belum melakukannya,'' ujarnya mengenai hikmah bersahur.


Surah Ali Imran, ayat 17 pula, Allah menjelaskan waktu yang sesuai untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Firman-Nya: Dan juga orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiaas taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.


Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut: `'Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang.


Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur.


Menurut Ibn Hajar al-'Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari dan Imam an-Nawawi di dalam kitab Sahih Muslim, bahawa sahur yang memberi keberkatan ialah memperoleh balasan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. dan mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w.


``Sahur juga menghalang perbuatan-perbuatan tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan lapar pada siang hari, selain memberi kekuatan untuk beribadat bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga pada siang hari,'' ujar beliau tentang kelebihan-kelebihan bersahur.


~Selamat Menjalani Ibadah Puasa dari Kami, Warga QUASAR…..